Pengenalan

KATA ALU-ALUAN
TUAN GURU BESAR SK LANDAS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan 
Salam 1Malaysia
  
           Organisasi Pendidikan merupakan satu organisasi yang terpenting dalam sesebuah negara. Ia bukan sahaja sebagai indikator kepada kedudukan tahap pembanunan negara, tetapi juga akan menjadi indikator kepada hala tuju pembangunan negara dimasa akan datang.
Aspek pembangunan modal insan amat penting dititikberatkan. Sekiranya modal insannya baik, majulah negara tersebut secara hakikinya, dan sebaliknya. Gelodakan globalisasi dan pembangunan materialisme dan ICT yang semakin kencang ini tidak akan membawa erti sekiranya masyarakat masih dibelenggu dengan pelbagai masalah. Justeru, dalam meralisasikan hasrat tersebut, SK Landas telah berjaya mewujudkan Bilik Sumber PPDa yang bergerak aktif memberi info dan mengadakan program kepada murid dan masyarakat sekitar.
Apabila memperkatakan tentang pembangunan modal insan, ia berkait rapat dengan modal tersedia (pelajar) dan senario sosial mereka masa kini (disiplin). Ini bermakna untuk membentuk dan menghasilkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang haruslah mengambilkira pengawalan dan latihan disiplin di kalangan pelajar, kerana merekalah pewarsi generasi akan datang, seperti mana kata Prof. Dr. Yusof Al-Qaradhwi, “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini”.
Semoga dengan wujudnya Bilik Sumber PPDa di Sekolah Kebangsaan Landas, maka tercapailah visi dan misi sekolah mahupun Negara.


Sekian, terima kasih.


“SEKOLAH BEBAS DADAH”
“NEGARA BEBAS DADAH”


KAMARIAH BINTI YUSOF
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Landas



Kata Alu-Aluan Pengerusi PPDa SK Landas
Bismillah Ar-Rahmani Ar-Rahim

Assalamualaikum warahamtullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dan kurnia-Nya kerana dapat memberi semangat dan kekuatan kepada kami mewujudkan Bilik Sumber PPDa ini. Sesungguhnya berkat usaha guru-guru, kakitangan sokongan dan pekerja swasta maka lahirlah Bilik Sumber PPDa ini. Seperti kata adat yang berbunyi:  
Hidup bersuku bantu-membantu,
  Hidup berbangsa bertengga rasa,
Yang searang sama dibagi,
Yang sekuku sama dibelah,
Yang secebis sama dicebis,
Yang secelis sama dicelis.

Sokongan dan idea-idea bernas daripada pentadbir khususnya Guru Besar dan GPK HEM amat saya hargai. Disamping itu, segala bantuan dan dorongan daripada rakan sejawat, guru-guru pelatuh, kakitangan sokongan dan pekerja swasta diucapkan terima kasih. Tidak lupa juga kepada semua pengawas PPDa dan semua pelajar yang tidak jemu-jemu menghulurkan bantuan dan tenaga tanpa mengira masa. Sesungguhnya apa yang  anda semua hulurkan tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.

Harapan saya dan ahli jawatankuasa PPDa ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsun g. Saya juga bersyukur dan merasa amat bertuah kerana segala usaha keras semua pihak,  Bilik Sumber berjaya bertanding ke peringkat kebangsaan pada tahun 2009,2011, 2014 dan 2015.

Sekian, terima kasih.

MOHD HASHIM BIN MUDA

No comments:

Post a Comment