Sejarah Penubuhan

SEJARAH PENUBUHAN



SEJARAH PENUBUHAN BILIK SUMBER PPDa SK LANDAS
            Projek pembinaan Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah Kebangsaan Landas dimulakan pada tahun 2008 hasil ilham dan hasrat mantan Guru Besar SK Landas, Encik Mansor bin Ngah. Penubuhan bilik ini bertepatan dengan hasrat dan seruan kerajaan yang ingin semua sekolah bebas dadah.

Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) bermatlamat untuk member pengetahuan dan keinsafan kepada kumpulan sasar khususnya murid, guru dan kakitangan sekolah serta ibu bapa dan seluruh masyarakat amnya tentang bahaya dadah agar mereka menjauhi dan berupaya menentang ancaman dadah.

MATLAMAT PENUBUHAN
               Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) Sekolah diwujudkan untuk menyediakan satu pusat akses pendidikan pencegahan dadah yang lengkap  bagi kemudahan semua pihak khususnya pelajar dalam usaha menyalurkan maklumat dan membimbing secara sistematik ke arah mewujudkan persekitaran sekolah yang bebas daripada pengaruh dan ancaman dadah. Ia memenuhi hasrat kerajaan yang meletakkan visi melahirkan ‘Sekolah Bebas Dadah’. Visi tersebut boleh dicapai sekiranya setiap warganegara diberikan pendidikan pencegahan berhubung dengan kesan dan pengaruh dadah.


OBJEKTIF PENUBUHAN
       Sebagai mendokong cita-cita tersebut, pencegahan awalan melalui strategi pewujudan pusat akses ini boleh dihuraikan melalui beberapa objektif penubuhannya  iaitu:

ü  Menyediakan satu pusat akses maklumat lengkap berkaitan Pendidikan Pencegahan  Dadah di sekolah-sekolah.
ü  Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Pencegahan  Dadah di kalangan murid secara lebih sistematik dan berkesan.
ü  Menjadi bilik gerakan kepada perancangan dan pelaksanaan program Pendidikan Pencegahan  Dadah di sekolah.
ü  Menjadi tempat interaksi murid-murid dalam usaha membangunkan  karekter murid cemerlang.


FUNGSI DAN PERANAN PENUBUHAN

               Kewujudan Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) Sekolah jika dilihat dalam konteks yang lebih luas mempunyai fungsi dan peranan seperti berikut:

Ø   Ia merupakan pusat operasi pendidikan pencegahan dadah di sesebuah sekolah.
Ø  Ia merupakan pusat sumber maklumat berkaitan kesan dan bahaya dadah, inhalan,  rokok, alkohol dan juga HIV/Aids.
Ø   Ia merupakan ruang pameran antidadah dan karya pelajar yang kekal dan boleh diakses dengan mudah oleh semua warga sekolah tanpa limitasi masa.
Ø  Ia merupakan pusat aktiviti yang menyokong keberkesanan unit-unit lain di sekolah seperti Unit Kaunseling, Unit Disiplin, Unit Bina Insan, Unit Kokurikulum, Asrama dan sebagainya.
Ø  Ia merupakan ruang pelajar berinteraksi dan meningkatkan kemahiran pelbagai sesama mereka.
Ø  Ia merupakan ruang alternatif bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran tertentu seperti pendidikan seni, kemahiran bahasa, kesihatan, pendidikan moral dan sebagainya.
Ø  Ia merupakan ruang untuk aktiviti kokurikulum pelajar.
Ø  Ia merupakan ruang pameran kekal untuk dilawati semasa Hari Kualiti, Hari Graduasi, Hari Terbuka dan sebagainya.

          Kepelbagaian fungsi dan peranan Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah seperti yang dinyatakan di atas bukan bermakna ia tidak berfokus kepada matlamat asalnya sebagaimana yang digariskan. Namun ia adalah satu ruang yang bersifat anjal dan boleh disepadukan dengan pelbagai elemen yang sedia ada di sekolah. Dengan itu, secara tidak langsung ia akan membantu ke arah mewujudkan sekolah sebagai intitusi ilmu yang kondusif kepada warganya.

No comments:

Post a Comment